Pages

Thursday, June 10, 2010



Khamis, 10/06/2010 – Sejak 60 tahun kebelakangan ini, rejim rasis Israel telah terus-menerus memberi alasan kepada dunia untuk mengembangkan salah satu gudang senjata nuklear yang paling berbahaya di dunia. Menurut Persekutuan Saintis Amerika, Israel mempunyai lebih dari 200 hulu ledak nuklear yang cukup untuk meletupkan seluruh dunia dalam masa beberapa saat.


Israel yang merupakan satu-satunya pemilik senjata nuklear di Timur Tengah dan salah satu daripada tiga Negara yang tidak menandatangani Nuclear Non-Proliferasi Treaty telah terang-terangan menolak rayuan daripada 189 penandatangan NPT, termasuk sekutu utamanya Amerika Syarikat, untuk menandatangani perjanjian dan menempatkan kemudahan nuklearnya di bawah perlindungan menyeluruh dari Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ulasan persidangan 2010 NPT yang digulung pada Mei 28, di New York dan dihadiri oleh wakil dari negara-negara ahli NPT meminta lima ahli Dewan Keselamatan PBB bergerak ke arah penghapusan persenjataan nuklear mereka dan menegaskan perlunya Israel bergabung dengan perjanjian dan mematuhi kewajipan antarabangsa dalam hal non-proliferasi nuklear.

Pegawai Zionis, bagaimanapun, menolak dan memberi alasan bahawa Israel tidak menandatangani NPT, jadi mereka secara undang-undang tidak berkewajipan untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan persenjataan nuklear mereka, juga tidak bertanggung jawab untuk mengurangkan senjata atom mereka, apatah lagi menghapuskan senjata-senjata tersebut.

sumber : The Palestine Telegraph

No comments:

Post a Comment