Pages

Tuesday, June 1, 2010

Israel Melancarkan Roket Untuk Berdepan Dengan Armada “Kebebasan




Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan keatas Gaza” mengharapkan campurtangan kesatuan antarabangsa bagi menyekat ancaman Zionis terhadap Armada “Kebebasan”, yang ingin belayar ke Gaza, dgn membawa bantuan kemanusiaan serta penyertaan beratus-ratus aktivis dari 40 buah negara, dalam menyempurnakan tugasan kemanusiaan antarabangsa bagi menghapuskan kepungan keatas Gaza yang berlaku sejak dari empat tahun.

Jurucakap bagi kempen ini telah membuat suatu kenyataan, sebagai mengulas laporan yang mendedahkan pelancaran kapal-kapal roket oleh tentera laut Israel yang telah melepasi perairan Gaza sebagai usaha menghalang konvoi kapal-kapal antarabangsa dari terus memasuki pantai Gaza : “ Tindakan biadap yg dilakukan kerajaan penjajah Israel menggambarkan mereka memusuhi undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, termasuk ketika mereka berkeras menolak pelaksanaan resolusi antarabangsa berkaitan penghapusan kepungan ke atas Gaza. ”

Walaupun Israel mendakwa bahawa mereka tidak ada kaitan lagi dengan Gaza berdasarkan pengasingan yang dibuat, tetapi ancaman yang dilakukan oleh mereka ke atas Armada “Kebebasan” mendedahkan kepada dunia bahawa mereka masih menjajah Gaza sehingga ke saat ini melalui penguasaan mereka terhadap sumber di darat dan di lautan (Gaza).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

No comments:

Post a Comment