Pages

Friday, October 22, 2010

Pasal pe lak nie

Assalamualaikum..
Salam sayang Salam ceria daripada saya untuk sahabat2 sekalian
oklah Hari ini saya nak sampaikan sedikit apa yang telah saya peroleh daripada kursus kepimpinan yang telah berlangsung selama dua hari


Alhamdulillah, banyak input telah saya pelajari bagaimana harusnya seorang pemimpin itu.

ada 10 perkara yang perlu pada pemimpin ataupun boleh dikatakan seorang pejuang

1- Seorang pejuang itu perlu ada spiritual dalam dirinya atau dipanggil taqarrub kepada Allah
.....Niat itu perlu ikhlas dan adalah sunnah dalam perjuangan itu ada tentangan atau masalah
yang pastinya apabila seorang pejuang itu duduk selesa dalam perjuangan adalah satu yang sangat pelik dam mestinya dirujuk kembali apakah hubungan kepada Allah itu sempurna

Mesti semak kembali solat kita.

2- Yang pastinya pejuang itu perlu mempunyai fikrah yang jelas tentang Islam...dan apakah itu sebenarnya fikrah?
itulah yang dipanggil kefahaman kita.penjiwaan kita terhapad Islam

3-Mesti ada aqidah yang mantap dan tulen

4-Perlu ada seorang pejuang karisma pada diri sendiri...tidak boleh sebenarnya kita buat tabiat lama sebelum kita ini di angkat sebagai kepimpinan.....
DAn apakah karisma itu...itulah dia cara percakapan kita ataupu dipanggil peribadi luaran kita dan dalaman.....


5- Pejuang atau pemimpin itu mesti perlu pastikan ada syakhsiah yang baik ..mesti kita ini perlu niat yang sungguh-sungguh untuk berubah kepada yang lebih baik.

6- Mesti yang pentingnya kita kuasai ilmu agar kita tidak terpinga-pinga dalam menjalankan sesuatu atau ketika menjawap persoalan

7- Dan yang penting juga.perlu mempunyai fizikal yang baik iaitu perlu jaga kesihatan dan melakukan senaman ringan walaupun sebentar . Sahabat perlu jaga keterampilan diri kalau menjadi seorang pejuang dan mesti ada pengorbanan diri dalam perjuangan

8-Pemimpin atau pejuang perlu ada kebijaksanaan aqal dan pandai bertindak ...Inilah yang dinamakan strategik dan perancangan yang rapi..kita ini perlu untuk berfikir panjang
..Teringat daripada hadith Nai S.A.W..yang mafhumnya bukan dari kalanganku orang yang tidak ambil berat tentang saudaranya....

9- pejuang juga perlu menjadi seorang yang cool....dan pastinya ketenangan jiwa itu penting..maka dengan sebab itu doa kepada Allah itu penting..serta kesungguhan dalam menjalankan kerja-kerja untuk Islam ...
Sahabat-sahabat perlu kawal jiwa dan diri agar hadaf atau tujuan perjuangan islam itu tudak lari...mesti tidak boleh tidak kita membetulkan kembali niat kita setiap hari...Perlunya kita bertanya kepada diri kita apakah sudah cukup aku bekerja untuk Islam pada hari ini....

dan tolong jangan kita memedam masalah kita..maka dengan itu carilah teman seperjuangan yang boleh kita ceritakan masalah kita ini

10- Maka yang terakhirnya perlu kita bekerja secara berkumpulan...tidak secara seorang diri...kerana pasti kambing yang seekor itu pastinya mudah untuk dibaham serigala

erm.....cukuplah buat kali ini untuk sahabat-sahabat sekalian

Salam perjuangan daripada saya...
wsalam

No comments:

Post a Comment