Pages

Friday, October 22, 2010

Pasal pe lak nie

Assalamualaikum..
Salam sayang Salam ceria daripada saya untuk sahabat2 sekalian
oklah Hari ini saya nak sampaikan sedikit apa yang telah saya peroleh daripada kursus kepimpinan yang telah berlangsung selama dua hari


Alhamdulillah, banyak input telah saya pelajari bagaimana harusnya seorang pemimpin itu.

ada 10 perkara yang perlu pada pemimpin ataupun boleh dikatakan seorang pejuang

1- Seorang pejuang itu perlu ada spiritual dalam dirinya atau dipanggil taqarrub kepada Allah
.....Niat itu perlu ikhlas dan adalah sunnah dalam perjuangan itu ada tentangan atau masalah
yang pastinya apabila seorang pejuang itu duduk selesa dalam perjuangan adalah satu yang sangat pelik dam mestinya dirujuk kembali apakah hubungan kepada Allah itu sempurna

Mesti semak kembali solat kita.

2- Yang pastinya pejuang itu perlu mempunyai fikrah yang jelas tentang Islam...dan apakah itu sebenarnya fikrah?
itulah yang dipanggil kefahaman kita.penjiwaan kita terhapad Islam

3-Mesti ada aqidah yang mantap dan tulen

4-Perlu ada seorang pejuang karisma pada diri sendiri...tidak boleh sebenarnya kita buat tabiat lama sebelum kita ini di angkat sebagai kepimpinan.....
DAn apakah karisma itu...itulah dia cara percakapan kita ataupu dipanggil peribadi luaran kita dan dalaman.....


5- Pejuang atau pemimpin itu mesti perlu pastikan ada syakhsiah yang baik ..mesti kita ini perlu niat yang sungguh-sungguh untuk berubah kepada yang lebih baik.

6- Mesti yang pentingnya kita kuasai ilmu agar kita tidak terpinga-pinga dalam menjalankan sesuatu atau ketika menjawap persoalan

7- Dan yang penting juga.perlu mempunyai fizikal yang baik iaitu perlu jaga kesihatan dan melakukan senaman ringan walaupun sebentar . Sahabat perlu jaga keterampilan diri kalau menjadi seorang pejuang dan mesti ada pengorbanan diri dalam perjuangan

8-Pemimpin atau pejuang perlu ada kebijaksanaan aqal dan pandai bertindak ...Inilah yang dinamakan strategik dan perancangan yang rapi..kita ini perlu untuk berfikir panjang
..Teringat daripada hadith Nai S.A.W..yang mafhumnya bukan dari kalanganku orang yang tidak ambil berat tentang saudaranya....

9- pejuang juga perlu menjadi seorang yang cool....dan pastinya ketenangan jiwa itu penting..maka dengan sebab itu doa kepada Allah itu penting..serta kesungguhan dalam menjalankan kerja-kerja untuk Islam ...
Sahabat-sahabat perlu kawal jiwa dan diri agar hadaf atau tujuan perjuangan islam itu tudak lari...mesti tidak boleh tidak kita membetulkan kembali niat kita setiap hari...Perlunya kita bertanya kepada diri kita apakah sudah cukup aku bekerja untuk Islam pada hari ini....

dan tolong jangan kita memedam masalah kita..maka dengan itu carilah teman seperjuangan yang boleh kita ceritakan masalah kita ini

10- Maka yang terakhirnya perlu kita bekerja secara berkumpulan...tidak secara seorang diri...kerana pasti kambing yang seekor itu pastinya mudah untuk dibaham serigala

erm.....cukuplah buat kali ini untuk sahabat-sahabat sekalian

Salam perjuangan daripada saya...
wsalam

Wednesday, October 20, 2010

HEhehe



Assalamualaikum....
Salam sayang..salam rindu drpd saye....

Hurm, hari ini saya nak cite sikit pengalaman kat sini, Mula-mula dari segi makanan ...ada beberapa makanan yang menarik di sini, mungkin juga merupakan makanan rutin orang Mesir di sini....

Ha....nie lah die
nie namenya kosyari....
dalam nye ada nasi, kacang kuda, mee
dan lawan nya dengan sambal die









Haa yang kat sebelah nie name nya iesy....
nielah makanan harian orang Mesir kat sini....
dalam isinya kosong je...cume leh makan dengan apa2 je







haha...oklah untuk kali ini.....
jumpa lagi..dalam masa akan datang
Wassalam

Thursday, October 7, 2010

Wah..wah

Assalamualailum buat teman dan taulan..ceria kita pada pagi ini kerana pastinya peluang yang Allah diberikan kepada kita untuk terus hidup sebagai khalifah di permukaan dunia yang sementara ini. Harusnya kita menyatakan kenyukuran ..Alhamdulillah

Erm sebenarnya x de lah idea sngt nk tulis pagi2 nie cume nak gi tau apakah kita nie rasa malu kepada Sang Pencipta yang sering beri kita peluang sedang kita leka dengan kemaksitan...beristighfarlah sahabat2 ku

Teringat firman Allah dalam al-Quran...yang mafhumnya Sape yang bersyukur akan ditambah Allah nikmat die dan sape yang ingkar , maka ketahuilah bahawasenya azab Allah itu amat pedih

oklah sahabat2 cukup sekadar itu untuk kali ini.Moga dilimpahkan Allah dengan keberkatan rezeki..

Wassalam

JOm kenal Sultan Salahuddin Al-AyuBi


Assalamualaikum teman seperjuangan...nie adalah satu lagi seorang pemuda yang sangat hebat dan beliau paliang digeruni orang kafir walhal beliaulah orang yang paling takut apabila menghadap Allah

Inilah dia pemuda yang diberi nama Salahuddin Al-Ayubi terlahir dari keluarga Kurdish di kota Tikrit (140km barat laut kota Baghdad) dekat sungai Tigris pada tahun 1137M. Masa kecilnya selama sepuluh tahun dihabiskan belajar di Damaskus di lingkungan anggota dinasti Zangid yang memerintah Syria, yaitu Nur Ad-Din atau Nuruddin Zangi.


Salahudin Al-Ayubi atau tepatnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Salah Ad-Din Ibn Ayyub atau Saladin/salahadin (menurut lafal orang Barat) adalah salah satu pahlawan besar dalam tharikh (sejarah) Islam. Satu konsep dan budaya dari pahlawan perang ini adalah perayaan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang kita kenal dengan sebutan maulud atau maulid, berasal dari kata milad yang artinya tahun, bermakna seperti pada istilah ulang tahun. Berbagai perayaan ulang tahun di kalangan/organisasi muslim sering disebut sebagai milad atau miladiyah, meskipun maksudnya adalah ulang tahun menurut penanggalan kalender Masehi.

Selain belajar Islam, Shalahuddin pun mendapat pelajaran kemiliteran dari pamannya Asaddin Shirkuh, seorang panglima perang Turki Seljuk. Kekhalifahan. Bersama dengan pamannya Shalahuddin menguasai Mesir, dan mendeposisikan sultan terakhir dari kekhalifahan Fatimid (turunan dari Fatimah Az-Zahra, putri Nabi Muhammad SAW).

Dinobatkannya Shalahuddin menjadi sultan Mesir membuat kejanggalan bagi anaknya Nuruddin, Shalih Ismail. Hingga setelah tahun 1174 Nuruddin meninggal dunia, Shalih Ismail bersengketa soal garis keturunan terhadap hak kekhalifahan di Mesir. Akhirnya Shalih Ismail dan Shalahuddin berperang dan Damaskus berhasil dikuasai Sholahuddin. Shalih Ismail terpaksa menyingkir dan terus melawan kekuatan dinasti baru hingga terbunuh pada tahun 1181. Shalahuddin memimpin Syria sekaligus Mesir serta mengembalikan Islam di Mesir kembali kepada jalan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Dalam menumbuhkan wilayah kekuasaannya Shalahuddin selalu berhasil mengalahkan serbuan para Crusader dari Eropa, terkecuali satu hal yang tercatat adalah Shalahuddin sempat mundur dari peperangan Battle of Montgisard melawan Kingdom of Jerusalem (kerajaan singkat di Jerusalem selama Perang Salib). Namun mundurnya Sholahuddin tersebut mengakibatkan Raynald of Châtillon pimpinan perang dari The Holy Land Jerusalem memrovokasi muslim dengan mengganggu perdagangan dan jalur Laut Merah yang digunakan sebagai jalur jamaah haji ke Makkah dan Madinah. Lebih buruk lagi Raynald mengancam menyerang dua kota suci tersebut, hingga akhirnya Shalahuddin menyerang kembali Kingdom of Jerusalem di tahun 1187 pada perang Battle of Hattin, sekaligus mengeksekusi hukuman mati kepada Raynald dan menangkap rajanya, Guy of Lusignan.

Akhirnya seluruh Jerusalem kembali ke tangan muslim dan Kingdom of Jerusalem pun runtuh. Selain Jerusalem kota-kota lainnya pun ditaklukkan kecuali Tyres/Tyrus. Jatuhnya Jerusalem ini menjadi pemicu Kristen Eropa menggerakkan Perang Salib Ketiga atau Third Crusade.

Perang Salib Ketiga ini menurunkan Richard I of England ke medan perang di Battle of Arsuf. Shalahuddin pun terpaksa mundur, dan untuk pertama kalinya Crusader merasa bisa menjungkalkan invincibilty Sholahuddin. Dalam kemiliteran Sholahuddin dikagumi ketika Richard cedera, Shalahuddin menawarkan pengobatan di saat perang di mana pada saat itu ilmu kedokteran kaum Muslim sudah maju dan dipercaya.

Saturday, October 2, 2010

Jom Kenal Imam As-Syafie


Assalamualaikum..sahabat2 mari kite kenali ulama' kite ...

Nama penuh: Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.

Nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W: melalui datuk baginda Abdu Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib. Hubungan nasab ini diakui jumhur ulamak.

Lahir: Tahun 150 H di Ghazzah, Palestin.

Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu bahasa Arab fushah. Di usia mudanya, beliau menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makkah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah di ceritakan bahawa setiap malam beliau membaHAgi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu. Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H.

Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Ketika beliau di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Oleh kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H.


Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak diketahui berapa kali.
al-Syafi‘e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul al-Risala. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Selain itu al-Syafi‘e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang masyhur berjudul al-Umm.