Pages

Thursday, May 6, 2010

SeLaMaT HaRi IbU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Apakah KIta sekarang masih menghargai jasa dan pengorbanan ibu kita,DImana kita sekarang? Adakah kita fikirkan ibu kita terkenangkan kita, rindu pada kita, sayang pada kita. Tapi apa balasan kita, apa jasa kita, mana tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang yang masih ada rasa perikemanusiaan terhadap ibu kita, mana perginya fitrah sebagai seorang insan yang punyai cinta, rindu. Tidakkah terpalit walaupun sedikit sahaja ingatan kita pada ibu malahan bapa kita?

Adakan kita ini lupa bahawa, marahnya ibu kita, garangnya ibu kita, tegasnya bapa kita, untuk apa semua itu kepada kita? fikirkanlah...renungkanlah....hayatilah..ingatilah, diri ini masih lagi merasai hangatan hayunan pukulan kayu, telinga ini berdesing mendengarkan bebelan, hati ini terasa amat pedih, sayu, pilu, kerana apa? untuk apakah semua perbuatan itu.Lihat kini kita sudah berada di menara gading, lihat kini kita punyai ijazah yang membanggakan, apakah tidak kita fikir, bukankah itu hasil daripada pukulan dahulu.. daripada tangan yang membesarkan kita, tangan yang mengajarkan kita apa erti kehidupan pertama..

Dialah Ibu kita , Dialah bapa kita..tapi, mana perhargaan kita terhadap mereka?
Hargailah mereka selagi masih ada mereka di dunia, berkhimatlah untuk mereka sebelum khimat kita tidak ada guna buat mereka..Mengapa mereka boleh menjaga kita seramai mungkin, tapi kita tidak boleh menjaga mereka walaupun hanya dua orang sahaja, bukankah itu satu kezaliman namanya. Bagaimana harus kita untuk menjawab soalan di hadapan Allah...


Maka Hamba ini tiadalah mahir dalam penulisan ini, mohon ampun maaf jika terdapat kata-kata yang kurang enak dibaca.Semoga penulisan ini mendapat keredhoan dan keberkatan daripada Allah.

No comments:

Post a Comment