Pages

Thursday, May 6, 2010

DeNgarKanLah Wahai IbuKu Yang TerCinTa




Lagu Ini ku tujukan buat ibuku yang paling ku cintai..ampuni anak yang kini berada di perantauan.Ku mohon doa daripadamu Ibu, redoilah pemergian anakmu ini jauh di perantauan demi mendalami, menyelami, menghayati ilmu agama...agar pulang nantinya,ku akan menegakkan Islam di tanah air

BUat SahBAt DAn TemAn

SeLaMaT HaRi IbU


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Apakah KIta sekarang masih menghargai jasa dan pengorbanan ibu kita,DImana kita sekarang? Adakah kita fikirkan ibu kita terkenangkan kita, rindu pada kita, sayang pada kita. Tapi apa balasan kita, apa jasa kita, mana tanggungjawab sebagai seorang anak, sebagai seorang yang masih ada rasa perikemanusiaan terhadap ibu kita, mana perginya fitrah sebagai seorang insan yang punyai cinta, rindu. Tidakkah terpalit walaupun sedikit sahaja ingatan kita pada ibu malahan bapa kita?

Adakan kita ini lupa bahawa, marahnya ibu kita, garangnya ibu kita, tegasnya bapa kita, untuk apa semua itu kepada kita? fikirkanlah...renungkanlah....hayatilah..ingatilah, diri ini masih lagi merasai hangatan hayunan pukulan kayu, telinga ini berdesing mendengarkan bebelan, hati ini terasa amat pedih, sayu, pilu, kerana apa? untuk apakah semua perbuatan itu.Lihat kini kita sudah berada di menara gading, lihat kini kita punyai ijazah yang membanggakan, apakah tidak kita fikir, bukankah itu hasil daripada pukulan dahulu.. daripada tangan yang membesarkan kita, tangan yang mengajarkan kita apa erti kehidupan pertama..

Dialah Ibu kita , Dialah bapa kita..tapi, mana perhargaan kita terhadap mereka?
Hargailah mereka selagi masih ada mereka di dunia, berkhimatlah untuk mereka sebelum khimat kita tidak ada guna buat mereka..Mengapa mereka boleh menjaga kita seramai mungkin, tapi kita tidak boleh menjaga mereka walaupun hanya dua orang sahaja, bukankah itu satu kezaliman namanya. Bagaimana harus kita untuk menjawab soalan di hadapan Allah...


Maka Hamba ini tiadalah mahir dalam penulisan ini, mohon ampun maaf jika terdapat kata-kata yang kurang enak dibaca.Semoga penulisan ini mendapat keredhoan dan keberkatan daripada Allah.

Monday, May 3, 2010

ASSALAMUALAIKUM


Aku mulai penulisan blog ini dengan lafaz agung BismilLAH serta selawat ke atas junjungan mulia Nabi kita, Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu ingin hati ini meluahkan rasa syukur kepada Allah, kerana dengan izinNYA, tiada dapat tangan ini menekan papan butang huruf. Tiada hamba ini hanya seorang yang dhoif lagi hina ini ingin meluahkan ilmu yang cetek semata-mata.

Ya Allah, berkatilah kehidupanku ini, tiada daya serta upaya melainkan dengan izinMU...
Ya Allah, bantulah hambaMU yang dhoif lagi hina ini untuk mempejuangkan agamaMU....Berilah peluang kepadaku ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Moga penulisan ini mendapat petunjuk serta hidayah daripadaMU, ya Allah. Berkatilah penulisan daku ini.