Pages

Wednesday, July 21, 2010

Wanita ini


Wahai wanita-wanita muslimah ...
Dengarkanlah ini..suatu syair yang ana ambil dari satu syair
Syair yang biasa...sahaja...
Walhal iyanya itu satu satu perkara yang untuk disuka-suka pakai
Bukanlah jua untuk beria-ia untuk memakainya
Maka Islam telah mengajar untuk beradap bukan biadap
Kalau tidak mahu memakainya, maka tidak usahlah mempertikai orang yang memakainya
Maka seharusnya dipelihara pemakainya itu
Bukankan lebih cantik, ayu , anggun, lebih terjaga.

Oleh itu renungilah syair yang ada bawah ini, semoga ada keberkatannya di situ



Jilbab...jilbab putih
Lambang kesucian..
Yang bersinar ditengah malam gelap gelita
Disebalik jilbabmu
Ada jiwa yang bertaqwa
Disebalik senyummu
Tersimpam masa depan yang cerah

Saturday, July 17, 2010

Surah AL- Masad

Assalamualaikum sahabat-sahabat..pada penulisan kali ini..ingin ana tunjukkan kepada sahabat-sahabat tentang surah Al-Masad..

Makna Al-Masad ialah gelogak api
Merupakan surah yang ke - 111 daripada Al-Quran
Inilah surah yang mengisahkan tentang Abu Lahab, bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W serta isterinya yang berhabis-habisan menentang Nabi dalam menyebarkan agama Islam yang suci akan diazab oleh ALLAH dalam neraka

Surah ini diturunkan di Makkah..ataupun dikenali sebagai Makkiyah
Marilah sama-sama kita menghayati maksud terjemahan daripada surah ini agar kita dapat mengambil pengajaran daripadanya


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

= 1=
Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa

= 2=
Tiadalah faedah(berguna)kepadanya harta bendanya dan apa yang dia usahakan

= 3 =
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang marak menjulang

= 4 =
Dan begitu pula isterinya, pemunggah kayu api

= 5 =
Dilehernya sejenis tali, tali-tali yang dipontal

Benarlah Qalam-Qalam Allah Yang Maha Agung

Thursday, July 15, 2010

Surah A-Ikhlas

Assalamualaikum sahabat-sahabat,setelah sekian kini siduk dek mesyuarat Annual Festival Of BKPJM..hari ini baru dapat sambung coretan ana nie

Oklah ..kali ini mari kite hayati pulak surah Al-Ikhlas
Surah yang ke - 112 daripada surah dalam Al- Quran




Inilah surah yang menyatakan bahawa ALLAH adalah tuhan yang Esa....merupakan aqidah pegangan umat islam daripada awal kehidupan hingga ke alam kematian

Marilah sama-sama kita hayati makna daripada surah Al- Ikhlas ini agar mendapat keberkatan

Dengan nama Allah Yang Maha Penurah Lagi Maha Mengasihani

= 1 =
Katakanlah wahai ( Muhammad ), tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa

= 2 =
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon hajat

= 3 =
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan

= 4 =
Dan tiada siapa pun yang serupa denganNYa

Benarlah Qalam-Qalam Allah Yang Maha Agung

Sunday, July 4, 2010

Surah Al-Falaq


Assalamualaikum... inilah surah yang dipanggil AL- Falaq yang membawa maksud Kala Subuh
Ia juga merupakan Surah yang digelar Muawwizatain ( dua perlindungan) selain daripada surah An-Nas.

Merupakan surah yang ke - 113 daripada Al-Quran.

Surah ini juga sangat bagus diamal pada setiap hari, dan sebelun tidur bagus dibacakan surah ini supaya mendapat perlindungan daripada ALLAH.

Maka marilah sama-sama kita hayati maksud daripada surah AL-Falaq, moga-moga mendapat keberkatan dengan memahami maksudnya.


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

= 1 =
Katakanlah( wahai Muhammad ) ' Aku berlindung kepada Tuhan yang mengusai subuh '

= 2 =
Dari kejahatan makhluk ciptaanNYA,

= 3 =
Dan dari kejahatan malam apabila ia gelap gelita,

= 4 =
Dan dari kejahatan makhluk- makhluk yang menghembuskan pada simpulan-simpulan (ikatan-ikatan),

= 5 =
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

Benarlah kata-kata ALLAH Yang Maha Agung